Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel fromspring

.

Jumaat, 30 September 2011

APA MAKSUD KAWAN ?

Hey!
Hari nie Nabiela nak cerita pasal KAWAN..
Ape maksud KAWAN ?? Adakah KAWAN itu hanya tempat kita melepaskan geram,.. (selepas bergaduh dengan Bf ataupun ibubapa)
mungkin tu semua pendapat anda.. 
Seorang kawan yang ingin Nabiela memahami dirinya.. tetapi sedarkah dia yang dia sendiri tidak pernah memahami kawanya sendiri termasuklah Nabiela..
Nabiela menghormati dan menyanyangi dia sebagai seorang KAWAN...
Nabiela cube untuk memahami dirinya tapi, dia tak pernah sedar  yang Nabiela berusaha untuk memuaskan hatinya..
Mengapakah KAWAN selalu menyakitkan hati kita??
Kenapa kita perlu menyakitkan hati kawan, sedangkan  kita boleh befikir sebab KAWAN kita menjadi seorang yang lebih berani untuk bercakap.. Sebab KAWAN juga kita tidak akan sunyi Bila di sekolah atau tempat yang ibubapa tiada bersama kita :)
Ye.. semua orang pernah melakukan kesilapan..  Nabiela mengaku Bahawa Nabiela juga pernah melakukan kesilapan
Nabiela juga pernah menyakiti hati orang tapi, Nabiela cuba untuk memahami dirinya.. 
seorang KAWAN yang ingin pendapat dari Nabiela tentang apa yang dia lakukan .. Apabila Nabiela memberi pendapat Nabiela.. mengapakah seorang KAWAN itu perlu marah ?? sedangkan dia yang menginginkan pendapat dari Nabiela ???

kata ibu,
KAWAN itu di ibaratkan seperti lebah, habis madu sepah dibuang...
kata abah,
KAWAN itu seumpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..
kata nenek, 
KAWAN tu bak bulan,
dipuja dan disanjung tapi nun jauh disana..
kata tok wan,
KAWAN tu seperti air. terus mengalir
kata sedara
KAWAN tu macam makanan, KAWAN makan KAWAN !!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape yang dikata..
kata jiran,
KAWAN tu tak ubanh macam durian, bau je busuk tapi sedap..
kata adik,
KAWAN tu macam biskut, kejap ada sekejap tak ada...
Kata Nabiela,
KAWAN tu tak kisah la macam mana.. walau pun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, BAK BULAN, SEPERTI AIR, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN DAN MACAM BISKUT !! dia tetap kawan...
tau tak sebab apa?? sekali Nabiela dah KAWAN dengan dia.. selamanya dia tetap KAWAN Nabiela...

Nabiela nak mintak maaf dekat semua kengKAWAN Nabiela yang telah membaca blog Nabiela..
Jika ada yang terasa.. Nabiela nak mintak maaf.. Nabiela tak ada niat untuk memburuk-burukan KAWAN sendiri..
Ampun dan maaf seandainya Nabiela,
TERkasar bahasa, TERsilap bicara, TERmarah yang tak kena, TERtanya tak tentu hala, TERsasul yang tak sengaja, TERpukul dekat mana-mana, TERpekik di telinga, TERhantuk di kepala, terpinjam harta benda, TERmoody tak semena-mena, TERmacam-macam lagi yang kena mengena.. semoga dimaafkan, kerana you lah KAWAN Nabiela dunia akhirat !! 

Terima kasih daun keladi, ada masa bacalah lagi :)
Kalau ada masa Nabiela update blog lagi...
kbai !!! 

0 ulasan:

Catat Ulasan